Pindaan umur undi & daftar pemilih secara automatik tidak bersekali

Pindaan had umur mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik tidak dapat dilaksanakan bersekali kerana ia melibatkan pindaan berbeza di Dewan Rakyat. Jelas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, Azhar Azizan Harun, usul yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis adalah berhubung perkara 119 kurungan 1 kurungan A Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan penurunan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.