Tutup

Pindah lembu tanpa kebenaran JPV, pemandu lori didenda RM3,600

Seorang pemandu lori didenda RM3,600 oleh Mahkamah Majistret Jawi atas pertuduhan membawa 5 ekor lembu hidup ke kawasan kawalan penyakit kuku dan mulut tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang April lepas. Majistret Azina Azib membuat keputusan itu selepas tertuduh, R. Saravanamurti membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.