Tutup

Pinjaman MARA: RM2.07 bilion manfaat 50,000 pelajar

Kerajaan memperuntukkan 2.07 bilion ringgit kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah pinjaman pelajaran MARA. Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), R. Sivarasa berkata peruntukan tersebut akan memberi manfaat kepada 50 ribu pelajar bumiputera yang layak dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.