Tutup

Pinjaman RM4 bilion kepada SRC paling besar pernah diluluskan KWAP - Saksi

Saksi ke-29, Amirul Imran Ahmat memberitahu Mahkamah Tinggi pada Isnin bahawa jumlah pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd merupakan pinjaman paling besar pernah diluluskan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Amirul yang merupakan bekas Penolong Naib Presiden di Jabatan Pendapatan Tetap KWAP berkata KWAP menerima resolusi daripada Lembaga Pengarah SRC International pada 14 March 2012 untuk mendapatkan pinjaman tambahan RM2 bilion untuk membiayai aktiviti pelaburan sumber asli dan bukannya untuk aktiviti pelaburan am.