Tutup

PKNP bakal membina dua lagi taman tema

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) merancang membangunkan dua lagi taman tema selepas Taman Animasi Movie Animation Park Studios (MAPS) siap sepenuhnya dan dibuka kepada orang ramai awal Disember nanti. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, dua taman tersebut ialah taman tema air dan taman tema berteraskan hutan di Meru yang bernilai 1 bilion ringgit.