PKR akui kempen terbantut

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui kempen parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak terganggu berikutan larangan serta sekatan pemimpin pusatnya ke negeri itu. Pengarah komunikasi keadilan, fahmi fadzil berkata sekatan terbaru ke atas naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar jelas telah merencatkan program serta gerak kerja kempen parti itu.