Tutup

PKR Melaka siasat dakwaan politik wang

Parti Keadilan Rakyat Melaka sedang menyiasat dakwaan politik wang yang dikatakan berlaku di salah satu cabang pada pemilihan PKR di negeri itu. Pengerusi PKR Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, pihaknya menerima laporan ada calon jawatankuasa parti di cabang tersebut 'mengumpan' anggota lain sebanyak 50 ringgit seorang untuk keluar mengundi.