Tutup

PKS Malaysia promosi negara di CAEXPO 2019

Kepelbagaian dan keunikan produk Malaysia yang dipamerkan di Ekspo China-Asean (CAEXPO) 2019 menjadi cara terbaik untuk memperkenalkan negara ini kepada dunia. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Isham Ishak, melalui produk mereka, syarikat tempatan kini membantu kementeriannya mencapai sasaran kemasukan 30 juta pelancong ke Malaysia tahun hadapan.