PM akan bertemu anggota Kabinet bincang tentang MARA

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan anggota Kabinet bagi membincangkan isu berkaitan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dr Mahathir berkata, isu berkenaan mara kini sudah menjadi satu isu sensitif dan Pakatan Harapan (PH) perlu memberi perhatian jika ingin terus mendapat sokongan rakyat.