Tutup

PM India tidak memohon Malaysia hantar pulang Dr Zakir Naik

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi tidak pernah memohon kepada Malaysia untuk menghantar pulang pendakwah bebas, Dr Zakir Naik. Jelasnya lagi, masalah lain juga boleh berlaku di India jika pendakwah itu pulang ke negara berkenaan.