PM ke Brunei, lawatan balas kunjungan Sultan Hassanal Bolkiah

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka tiba di Bandar Seri Begawan esok, dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Brunei Darussalam. Beliau yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali akan menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah disusuli dengan majlis santapan tengahari yang dihoskan baginda.