PM selamat tiba di Vienna hadiri forum IAACA dan IACA

Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Vienna pada ahad untuk menghadiri dua forum anti rasuah iaitu Persidangan Tahunan ke-10 dan Mesyuarat Agung Pertubuhan Pihak Berkuasa Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IAACA) dan menyampaikan syarahan di International Anti Corruption Academy (IACA). Pesawat yang membawa Perdana Menteri Malaysia itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna kira-kira 4.15 petang waktu tempatan atau 11.15 malam waktu Malaysia.