Tutup

PM tiba di Kuching untuk sambutan Hari Malaysia

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Kuching sekitar jam 10. 15 pagi tadi bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia 2019. Ketibaan beliau bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.