Tutup

Polis akan ambil tindakan di bawah Akta Kanak-Kanak

Tindakan tegas mungkin dikenakan terhadap ibu bapa yang masih membiarkan anak-anak mereka berkumpul di tengah malam dan terlibat lumba basikal. Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, sekiranya polis dapat mengesan aktiviti sedemikian dan menangkap mereka yang terlibat maka tindakan akan dibuat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.