Polis akan dapatkan pengesahan waris Orang Asli

Polis akan merakamkan percakapan waris mangsa Orang Asli suku Batek yang meninggal dunia bagi mendapatkan pengesahan selepas urusan membawa keluar mayat dan rangka selesai. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanuddin Hassan berkata pihaknya sedang mengesan waris mangsa yang turut berhijrah ke tempat lain.