Polis akan panggil penganjur perhimpunan ICERD

Polis akan memanggil penganjur perhimpunan kesyukuran menolak ratifikasi konvensyen antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di sekitar Jalan Raja Kuala Lumpur, semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata tindakan itu susulan satu laporan polis mengatakan terdapat peserta yang membawa kanak-kanak ke perhimpunan itu.