Tutup

Polis akan panggil semula Zakir Naik

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil semula pendakwah Dr. Zakir Naik untuk diambil keterangan berhubung beberapa kenyataan kontroversinya baru-baru ini. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Huzir Mohamed, keterangan yang diambil pada Jumaat lalu bermula 3.30 petang sehingga 7 malam dihentikan kerana penceramah itu meminta supaya ditangguhkan supaya beliau dapat berbuka puasa.