Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Polis berjaya rungkai kes tembak pemandu Gani Patail

Polis percaya dapat merungkai kes tembak melibatkan pemandu kepada bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 2017. Ia berikutan penahanan 12 ahli kumpulan kongsi gelap 'AYT 99' termasuk ketua kumpulannya, dalam operasi yang dilakukan di sekitar Kelantan dan Selangor pada 22 Jan lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata antara yang ditahan termasuk dua daripada tiga suspek yang terlibat dengan kes itu, manakala penembak berusia 40-an masih diburu.