Polis berjaya tahan suspek ketiga kes bunuh Ketua Jururawat

Ini berita terbaharu diterima, polis berjaya menahan suspek ketiga, warga Nigeria yg diburu bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin. Ketika suspek ditahan di Cheras Sentral, Kuala Lumpur kira-kira 3 petang tadi, berlaku pergelutan. Namun, dia berjaya juga ditahan. Polis akan mendapatkan perintah reman ketiga-tiga suspek esok.