Tutup

Polis buru 21 bekas peguam terlibat pecah amanah berjumlah RM30.4 juta

Polis memburu 21 bekas peguam yang dikehendaki terlibat dalam 39 kes penipuan dan pecah amanah sejak 2012. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad, 5 daripada suspek telah melarikan diri ke luar negara manakala selebihnya masih berada dalam negara.