Tutup

Polis buru 3 suspek sebar berita palsu di media sosial

Polis sedang memburu tiga suspek yang menyebarkan berita palsu di media sosial susulan kes wanita mati ditetak seorang lelaki amuk yang kemudian ditembak mati polis di bayan lepas pada Isnin. Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/ Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek itu dikenalpasti berada masing-masing dua di Kedah dan satu lagi di Pulau Pinang.