Polis buru empat lelaki terlibat kes samun di Ulu Tiram

Polis memburu empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan samun berparang di pasar mini di Ulu Tiram, Johor 10 Februari lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Norazam Shaari dalam kejadian 10 malam itu, dua suspek lelaki memasuki premis berkenaan menerusi pintu hadapan manakala dua lagi menunggu di luar premis dan dalam kereta.