Tutup

Polis buru pembunuhan kejam gajah pygmy

Berikutan penemuan seekor gajah pygmy yang ditemui mati oleh nelayan di Sungai Udin, Dumpas Kalabakan Tawau pada Khamis. Pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah selesai melakukan bedah siasat bangkai gajah berkenaan. Ketua Polis Tawau, ACP Peter Umbuas berkata bahawa pihaknya melancarkan operasi bersama Jabatan Hidupan Liar, memburu pembunuh kejam gajah pygmy yang berumur antara 11 dan 12 tahun.