Polis buru pencuri tabung masjid

Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes curi wang dalam tabung sebuah masjid di Tasek Gelugor, Pulau Pinang awal pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya telah mengenal pasti lelaki tersebut yang dianggarkan berusia 20-an.