Tutup

Polis buru suspek bunuh bakal abang ipar

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak melindungi suspek berhubung kes pembunuhan seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (MAIDAM) Kuala Terengganu pagi Ahad. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi berkata tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap individu yang berbuat demikian.