Tutup

Polis cari 56 individu bantu siasatan kematian Adib

Selain itu polis sedang mencari 56 individu yang disiar wajah sebelum ini bagi membantu siasatan dalam kes kematian Muhammad Adib. Datuk Huzir Mohamed memaklumkan kesemua mereka dipercayai berada di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya atau sekitarnya ketika rusuhan berlaku November tahun lepas.