Tutup

Polis cari 'wanita misteri' bantu kes kopi pra campuran

Polis sedang mengesan seorang wanita misteri berusia lingkungan 40 an bagi membantu siasatan berhubung pengedaran kopi pra campuran yang menyebabkan tujuh individu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Wanita itu dipercayai individu pertama yang mengedar kopi berkenaan di sekitar pasar dan beberapa restoran di Jelutong.