Polis jamin utamakan keselamatan pengundi PRK Rantau

Polis Negeri Sembilan memberi jaminan keselamatan pengundi akan diutamakan sepanjang tempoh membuang undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Rantau hari ini. Justeru, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd. Rosli Ishak berkata, parti-parti yang bertanding serta penyokong yang hadir perlu elakkan daripada melakukan provokasi terutama kepada pengundi.