Polis, JPJ diseru tingkatkan penguatkuasaan sempena Aidilfitri

Pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu meningkatkan penguatkuasaan di jalan raya persekutuan, bandar dan luar bandar sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri ini. Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, ini kerana kebanyakan kemalangan dilaporkan di laluan-laluan itu dan bukan di lebuh raya utama.