Polis Kelantan rampas 6 ribu pil Yaba serta 1.65KG Syabu

Polis Kelantan menahan empat lelaki termasuk dua beradik serta merampas dadah bernilai 232,500 ringgit dalam satu serbuan di sebuah hotel di Kampung Gaung, Pasir Mas pada Sabtu. Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas jam 3 pagi itu pihaknya menemui 6 ribu biji pil Yaba dan 1.65 kilogram dipercayai dadah jenis Syabu.