Tutup

Polis Kelantan umum hasil rampasan dalam tiga serbuan

Polis menahan seorang wanita dan tiga lelaki serta merampas 103 gram dadah dipercayai syabu bernilai RM15 ribu dalam dua serbuan di daerah Kota Bharu, Kelantan. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud memaklumkan, dalam serbuan pertama ke atas sebuah rumah pada Isnin polis menemui 50 gram dadah dipercayai jenis syabu.