Polis kenal pasti individu hina Nabi Muhammad

Polis sudah mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dalam isu menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aishah di laman media sosial Facebook. Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bukan isu kecil dan mengingatkan pengguna media sosial mengelak membangkitkan penghinaan dari sudut agama dan raja.