Polis kenal pasti suspek samun MRT

Polis telah mengenal pasti identiti suspek lelaki yang menyamun seorang wanita dalam sebuah lif di stesen MRT Taman Mutiara, Cheras, Khamis lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata polis sudah mempunyai maklumat peribadi suspek termasuk alamat rumahnya.