Polis kenalpasti dalang video hubungan sejenis

Polis Diraja Malaysia sudah mengenalpasti sekumpulan individu dalam penyebaran video seks luar tabii membabitkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Muhamad Haziq Abdul Aziz dengan seorang ahli politik. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata siasatan terkini mendapati wujud pakatan atau konspirasi dibelakang kumpulan terbabit untuk menjatuhkan seseorang.