Tutup

Polis kerjasama dengan Interpol cari individu hina PM, IGP

Polis akan bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan pemilik akaun twitter Naavin Pillai yang kini berada di luar negara kerana melakukan penghinaan terhadap Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed menegaskan, unsur penghinaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdul Hamid Bador itu mula di kesan dalam platform media sosial itu pada 14 Oktober lalu.