Polis kesal dakwaan SUHAKAM

Polis di Raja Malaysia kesal dengan dakwaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mengaitkan polis Cawangan Khas dengan kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat dan Paderi Raymond Koh Keng Joo. Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menjelaskan beliau sebagai Pengarah Cawangan Khas ketika ini amat terkesan dengan dakwaan tersebut.