Tutup

Polis lumpuh sindiket penyeludupan migran warga Myanmar

Timbalan Pengarah Dua, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Cheong Koon Kock berkata, polis berjaya melumpuhkan satu sindiket penyeludupan migran membabitkan warga myanmar apabila menangkap seramai 77 orang dalam operasi yang dijalankan sejak 22 September hingga semalam. Katanya, sindiket terbabit turut melibatkan warga tempatan dan kesemua migran warga Myanmar dibawa masuk ke negara ini menerusi pintu masuk Rantau Panjang, Kelantan menyusuri Sungai Golok.