Tutup

Polis masih cari 'wanita misteri' edar kopi campur dadah

Polis masih mengesan seorang wanita yang dipercayai mengedar kopi pra-campuran sehingga menyebabkan tujuh individu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang Januari lepas. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, polis telah membuat lakaran fotofit wajah wanita berkenaan dan meminta orang ramai agar tampil membantu siasatan.