Polis masih siasat kematian anggota PASKAL akibat terkena bom ikan

Susulan insiden seorang Anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang maut dipercayai terkena bom ikan di Sungai Pengkalan Merbau, Setiu, Terengganu. Polis meneruskan siasatan lanjut berhubung kematian Nur Kamarul Adnan Abdul Aziz dan masih menunggu laporan forensik.