Tutup

Polis membongkar makmal narkotik haram

Polis berjaya membongkar sebuah makmal haram memproses dadah serta merampas 5.7 kilogram dadah jenis heroin bersama 9.3 kilogram kafein iaitu bahan asas membuat heroin di sebuah rumah di Sungai Kob, Kulim, Kedah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Supritenden Helmi Aris berkata, keseluruhan rampasan dadah berkenaan dianggarkan bernilai 130 ribu ringgit.