Polis nafi ceroboh kediaman keluarga Haziq

Polis menafikan dakwaan mengenai insiden menceroboh kediaman keluarga Haziq di Petra Jaya, pada petang Khamis. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang din Awang Gani berkata, pemeriksaan yang dijalankan di rumah berkenaan dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard, SOP yang ditetapkan.