Polis nafi Farhash tidak diberi makan

Polis menafikan dakwaan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador tidak diberi makan ketika direman. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador membuat penafian itu berhubung dakwaan Majlis Pimpinan Keadilan Rakyat negeri Perak bahawa Farhash dikatakan tidak diberi makan dalam tempoh 24 jam ketika di bawah tahanan reman.