Tutup

Polis nafi pindahkan penduduk kerana gas amonia

Polis menafikan penduduk di sekitar kawasan kilang pemprosesan ayam di Merlimau, Melaka diarahkan mengosongkan kediaman susulan kebocoran gas amonia yang berlaku. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar ahmad berkata, sehingga kini persekitaran di luar kawasan kilang seluas enam hektar itu disahkan selamat.