Polis Orang Asli pertama temui kem penempatan sementara Wang Kelian

Prosiding yang sama turut mendengar keterangan anggota polis warga Orang Asli atau dikenali sebagai Senoi Praak. Dia merupakan anggota polis pertama yang menemui lokasi kem penempatan sementara di Wang Kelian, Perlis. Koperal Mat Ten, yang bertugas di Kompani B, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak menemui lokasi itu pada 18 Januari 2015 ketika beliau membuat rondaan bersama seorang lagi rakan setugasnya.