Polis palsu aktif merompak akhirnya dicekup

Kegiatan empat penjenayah yang melakukan samun dengan menyamar sebagai polis dan imigresen sejak tiga bulan lalu tumpas selepas kesemuanya diberkas dalam dua serbuan berasingan oleh polis Selangor pada Khamis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kumpulan ini menggunakan 'vest' dan topi berlogo Polis di Raja Malaysia (PDRM) bagi mengaburi mangsa.