Tutup

Polis puas hati siasatan 12 tahanan LTTE - Ayob Khan

Polis Diraja Malaysia berpuas hati dengan siasatan kes berhubung 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Negeri Sembilan dan Melaka yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas Tamil Eelam (LTTE). Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan terhadap suspek LTTE sudah dihantar ke pejabat Peguam Negara pada Rabu lalu.