Tutup

Polis rakam 12 keterangan saksi isu kemalangan jalan raya

Polis telah merakam keterangan 12 saksi awam, bagi membantu siasatan berhubung insiden kemarahan jalan raya yang meragut nyawa Syed Muhammad Danial Syed Syakir Sabtu lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata tiga lagi saksi awam telah tampil memberi keterangan, bagi membantu siasatan kes itu petang tadi.