Polis rampas dadah RM72.5 juta di Pulau Pinang

Polis berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar dadah antarabangsa terbesar sejak 2009 dengan merampas 2.13 juta pil eramin 5 di Pulau Pinang pada Rabu. Dadah bernilai RM72.5 juta itu dirampas dalam serbuan di sebuah kilang di kawasan perindustrian di Bukit Tengah, Pulau Pinang.