Polis rampas mercun stok Tahun Baharu Cina

Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM100 ribu dalam dua serbuan di Raja Uda dan Butterworth pada Ahad. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata dalam serbuan kira-kira jam 12 .15 pagi sehingga jam 3 pagi itu. Sepasukan pegawai dan anggota polis menahan dua lelaki berusia 25 dan 35 tahun.