Polis sahkan dua doktor pakar saksi inkues Adib terima ugutan

Polis mengesahkan menerima laporan polis daripada dua doktor pakar yang juga saksi inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, Sabtu lalu. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat pada Isnin, dua doktor pakar dari Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya kira-kira jam 9.28 malam.